Hear me Allah

Ya Allah
Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang
Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengasihani
Hamba Mu yang hina ini memohon kepadaMu Ya Allah
Izinkanlah kami menjadi ibu dan ayah
Izinkanlah kami memiliki zuriat
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah
Kurniakanlah kami zuriat yang akan mendoakan kami
apabila kami sudah tiada kelak
Kurniakanlah kami zuriat yang akan
menyebarkan agama suciMu Ya Allah
Makbulkanlah doa kami Ya Allah
Amin Ya Rabbal Alamin

Monday 3 December 2012

DO IT RIGHT

Salam

Hohoi...rase macam lamanya tak update belog
(bajet ada orang baca la sangat kan)
Diam tak diam dah masuk bulan Disember kan
Lagi 27 hari nak masuk tahun baru
Nampak tak ticket anniversary kat sbelah tu?
dah nak masuk setahun setengah dah kami kahwin
Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan doa kami
Untuk menjadi parents


Ummi akan tunggu anak ummi ye...
Eii..tak sabar tak sabar tak sabar *bajet Lisa Surihani sangat*
Amin...

Emm...tiba2 kan harini datang mood nak cakap pasal mekap la plak
Actually saya memang suka sangat bab main mekap-mekap nih
Dulu sebelum kahwin laaagi la gile mekap
Nak masuk keja pukul 8 pukul 6 dah bangun tahu
Jarak dari rumah ke ofis cuma 15 minit je
No jam, no traffic light
Best tak?
Tapi sebab nak bermekap punya pasal pukul 6 dah bangun




Sekarang bila dah kahwin
Suami pun tegur :
" Sayang mekap cantik-cantik nak pergi kerja tu untuk siapa....?"
Sentap.  krek krek krek *bunyik cengkerik*
Hehehe
Kecantikan seorang wanita kan hanya untuk suaminya
Lepas tu saya pun mula la kurangkan mekap
Sekarang pergi kerja saya suma pakai :


* Day creamSF Beauty
(saya memang pakai produk ni sekarang n terbukti berkesan)


* Press powder Silkygirl (best dan murah ok. RM9.90 je tahu)


* Mascara from Silkygirl jugak


*Lipstick (nipis je taknak nampak pucat)
Saya selalu guna yang ni. My fav colour at the moment. 
Insyaallah nanti kalau sempat saya akan review lipstick2 yang saya ada k

  Kadang-kadang pakai day cream + bedak baby je
Kadang-kadang kalau terlambat pakai day cream je
Kadang-kadang kalau terlambat gile apa pun tak pakai
Hehehe
No more eyeshadow
No more blusher
And tau tak sekarang saya rasa masa saya sangat jimat
Tak perlu lagi nak kelam kabut pagi2 nak g keje

Tapi bukan la bermakna saya langsung tak mekap dah
Saya tetap bermekap
Bila keluar dating dengan suami
Bila pergi mana2 dengan suami
Kena mekap tahu
Niat untuk suami
Untuk jaga air muka suami daripada mulut2 golongan yang suka mengata/mengumpat
Kata kanlah suami u kacak kan, then u keluar dengan muka pucat lesi
Selebet je orang tengok
Mesti akan ada golongan (especially perempuan) 
yang akan ber sok sek sok sek kat belakang u bila u melintas kan

" Tengokla tu, laki dia sikit punya hensem tapi bini muka macam pesakit lukemia je."
" Mak oi, hensemnya laki dia. Kalau setakat rupa itu je bini dia anytime aku boleh takcle ni."
" Tak padan langsung pasangan tu, suami kacak tapi isteri....."
" Pemalas betul la si bini tu. Tak tahu langsung nak jaga penampilan."

Bla bla bla
So untuk mengelakkan benda2 macam tu la kita kena jaga penampilan kita
Tapi make  sure penampilan kita tu menutup aurat dengan sesempurna mungkin
dan mekap plak jangan la berlebih lebihan sangat
berpada-pada la
Setakat eyeliner, blusher, listick, mascara semua tu just nice je k
Less is more
Tak perlu nak pakai tebal2
Cuma bagi nampak presentable setiap kali kita keluar


Suka sangat mekap macam ni. nampak fresh je kan


Macam ni pun ok. Simple tapi lengkap



I like this look also


Sweet je mekap macam ni. nampak manis

Walau apa pun kena ingat
Nak menjaga penampilan jangan sampai kita lupa nak jaga aurat ok
Saya sokong sangat kempen macam kat bawah ni
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Credit to sue anna joe+nadia bayu

So,
Marilah kita menutup aurat sambil bergaya yaw!







No comments:

Post a Comment