Hear me Allah

Ya Allah
Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang
Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengasihani
Hamba Mu yang hina ini memohon kepadaMu Ya Allah
Izinkanlah kami menjadi ibu dan ayah
Izinkanlah kami memiliki zuriat
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah
Kurniakanlah kami zuriat yang akan mendoakan kami
apabila kami sudah tiada kelak
Kurniakanlah kami zuriat yang akan
menyebarkan agama suciMu Ya Allah
Makbulkanlah doa kami Ya Allah
Amin Ya Rabbal Alamin
Showing posts with label positif qoute. Show all posts
Showing posts with label positif qoute. Show all posts

Friday, 31 May 2013

Yakinlah Pada Allah

Salam

Sebagai manusia, pastinya kadang kala kita rasa tertekan dengan apa yang berlaku dalam hidup kita yang tidak mengikut kehendak kita
Tujuan saya menubuhkan blog ini suatu masa dulu adalah untuk meluahkan segala kesedihan saya
Segala ketidakpuasan hati saya
Tapi saya juga kadang kala terlupa, ada orang lain yang lebih lama diuji tanpa zuriat
Ada orang lain yang lebih pahit dugaannya
Tetapi kini, saya rasa lebih tenang 
dan hati saya seakan baru tersedar bahawa sesungguhnya saya  telah jauh tersasar
Tidak sepatutnya saya merungut dengan segala apa yang saya gagal dapat di dunia ini
Sedangkan banyak lagi nikmat lain yang telah Allah kurniakan kepada saya
Wahai sahabat yang membaca blog ini, cuma satu saya ingin pesan, YAKINLAH dengan Allah
Allah punya perancangan yang terbaik untuk kita
Dia lebih tahu masa yang terbaik untuk kita
Jika satu pintu tertutup jangan tangisi pintu itu terlalu lama hingga kita terlepas pintu lain yang terbuka
Saya jadi malu dengan Allah kerana dulu saya selalu merungut dan meratapi nasib
Cemburu dengan kelebihan orang lain
Kufur nikmat
Kini baru saya rasa  betapa besarnya nikmat yang telah Allah kurniakan kepada saya
Sahabat sekalian, rajinlah meminta kepadaNya
Rajinlah bangun di tengah malam merintih kepadanya di dalam solat hajat
Insyaallah
Janji Allah itu pasti
Hanya Allah tempat kita meminta


Till then
Wassalam





Tuesday, 19 March 2013

Timothy Green!

Salam

Sape dah tengok filem The Odd Life of Timothy Green?
Movie itu tersangat lah best
Saya nangis sorang-sorang tengok filem tu
Hehe
Bagi kita yang TTC ni sangat bagus kalau tonton filem tu
Sebab bagi saya filem tu memberikan inspirasi dan motivasi kepada pasangan yang belum ada anak
Scenary dalam filem ni Masyaallah...cantik sangat3
Kalau nak tahu kena tengok sendiri lah
Tapi memang best sangat filem tu






Comel sangat budak yang jadi Timothy Green ni. Omey2







 Scene paling kelakar and sweet!


Its a must watch movie dear friends
Tapi tak tahu lah kot2 ada yang tak minat
Hehe


Till then
Wassalam




Thursday, 7 March 2013

Tempat kerjaku : Jauhnyaaaa!!!!

Salam
Harini saya nak bagi tips sikit untuk mereka2 yang bekerja jauh daripada rumah
macam saya lah
Untuk makluman wah makluman gitu
tempat kerja saya jauh dari rumah mertua (saya tinggal dgn mertua ye kwn2..)
Kira2 1 jam perjalanan
Paling cepat pun 45 minit
Stress toksah cakap lah
Paham2 je lah jalanraya time semua orang nak balik kerja kan
Bila dah sampai rumah je badan jadi letih macam kain buruk ( teruknya perumpamaan)
Tapi memang itulah hakikatnya
Hanya mereka yang bekerja jauh sahaja akan faham
Orang lain selalu cakap "Ala bukannya kerja teruk pun. Pergi ofis duduk je depan komputer buat kerja, dalam air cond plak tu."
Haaaa.....korang tak hadap benda tu korang tak tau la azabnya kan....
Tapi sebagai seorang isteri ni walaupun penat macamana kerja rumah tetap kena buat
Jangan kerana kerja tanggungjawab kita pada suami terabai
Bekerja itu pilihan kita
Bila kita sudah memilih untuk bekerja maka kita kenalah hadapi segala kepenatan yang datang
Ok kawan-kawan
 So kat sini saya share lah sikit tips saya yang tak seberapa ni kan
Bagi yang bekerja jauh mesti menghadapi masalah masing-masing
So tips yang pertama ialah :-

1. Pengurusan Masa
Paaaaling penting. Jangan buang masa dengan perkara yang tak penting. Macam saya perjalanan je dah sejam. macam2 saya boleh buat dalam sejam tu kalau kat rumah. Boleh habis satu episod drama bersiri tahu. Eh eh membazir namanya tu. Sampai je rumah rehat la kejap (saya solat asar dulu di ofis) then terus capai baju kotor campak dalam mesin basuh. Lepas tu mandi dan buat la apa yang patut. nak lipat baju ker, kemas dapur ke apa ke kan

2. Bangun awal
Bila dah kerja jauh ni nak tak nak kena la bangun awal. Seawal jam 5.00 - 5.30 pagi bergantung kepada individu.Bangun je terus buatkan sarapan untuk suami. Lepas tu mandi dan kejutkan suami. Seeloknya malam tu iron baju siap2 ataupun masa weekend tu iron terus 5 pasang baju untuk seminggu. Yang ni saya ikut tahap kerajinan jugak la. Hehe. 

3. Persediaan awal
Maksud saya dengan persediaan awal ni ialah bila kita nak memasak. Sebagai isteri bekerjaya yang tempat kerjanya jauh (ewah) seeloknya segala bawang, sayur, ikan, daging apa lah semua yang nak digunakan untuk memasak tu disiang awal2.Potong bawang, sayur daging ke ayam ke  then letak dalam tupperware simpan dalam fridge. Bila nak masak terus capai je. Kena rancang awal2 jugak nak masak apa. So bila kita nak masak ayam ke kita boleh defrost dia awal2. Sediakan semua ni untuk seminggu. kalau lama sangat nanti tak fresh pulak bahan2 tu. Biasanya saya buat ni masa weekend.
4. Sabar

Bekerja di tempat yang jauh ni akan buatkan kita cepat/mudah stress. Jadi kena la banyak2 kan bersabar. Berdoa pada Allah supaya diberikan ketenangan dan kesabaran yang tinggi. 

5. Jangan bawak kerja balik rumah
JANGAN sesekali bawak kerja balik ke rumah. Seboleh-bolehnya cuba siapkan kerja di ofis. Di rumah kita isteri so kena tunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Tugas pejabat hanya buat di pejabat sahaja. Ini untuk mengelakkan kita dari bertambah-tambah stress. Alhamdulillah saya tak pernah lagi bawak balik kerja ke rumah.

6. Redha


Saya rasa yang ni pun penting jugak. Walau apa sekalipun yang kita lakukan kita kena redha dan ikhlas kerana Allah swt. Mudah-mudahan segala pengorbanan kita akan beroleh ganjaran pahala dari Allah swt.

Rasanya tu jelah kot tip yang tak seberapa daripada saya ni. Harapnya dapat lah memberikan sedikit info kepada sape2 yang bekerja jauh dari rumah macam saya ni.


Till then
Wassalam





 




Monday, 14 January 2013

Long time no see

Salam

Ish, rasa macam lamanya tak update blog
bukan apa..cuma takde cerita menarik untuk dikongsi
Cuma sekarang ni saya dah start makan epo dan pati delima gulsan
Pati delima tu saya beli dengan Yana

Saya kagum tau bila jenguk blog kawan2 TTC yang lain
Macam2 usaha yang mereka buat
Sedangkan saya ni usaha pun ala kadar je
Apa pun saya harap segala usaha saya yang tak seberapa ni berjaya jugak (apakah??)
Aduh...betul2 kering idea ni
Tak tahu nak tulis apa...sob..sob

Macamana ye, nak hidup tanpa rasa sakit hati
Nak hidup dengan penuh rasa redha dan ikhlas dalam hati
Takmo sakit2 hati dengan orang
Takmo sedih2
Nak hidup gembira je
Macamana ye........?


Till then
Wassalam



Monday, 31 December 2012

Situasi

Salam

Harini post entry emo sket eh
Saya nak tanya anda
Apa perasaan anda yang sedang  TTC apabila berada dalam situasi seperti :

1. Anda berada dikalangan ibu2 yang baru mendapat anak sulung dan mereka hanya bercerita mengenai anak mereka sahaja dan anda tidak mampu untuk bersuara kerana anda belum mempunyai anak.

2. Anda berkunjung ke rumah saudara mara yang baru mendapat cucu sulung di dalam keluarga mereka dan mereka hanya bercerita mengenai cucu itu sahaja tanpa anda mampu berkata apa kerana anda belum mempunyai anak.

3. Dalam keluarga suami anda, mereka hanya mempunyai seorang cucu dan anak buah yang mana pastinya bukan anak anda dan anak serta ibu bapa anak itu dilayan bak sultan dan permaisuri  sedangkan anda tidak menerima layanan sebegitu kerana anak belum mempunyai anak.

Apa perasaan anda?

Apa yang anda rasa?

Saya?

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

SAKIT 
v
v
v
v
v

S.A.K.I.T


Sila berikan komen dan ulasan anda
Sekian terima kasih


Till then
Wassalam




Sunday, 30 December 2012

We Will Never Meet Again

Salam

Sedar tak sedar harini dah 31 DISEMBER 2012
Esok dah masuk tahun baru


Harapan saya tahun 2013, saya akan menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik, 
 isteri yang lebih baik, anak yang lebih baik, menantu yang lebih  baik, pekerja yang lebih baik
dan semuanya LEBIH baik (bajet sekarang 'baik' la sebab tu nak jadi 'lebih baik'..haha)
Dan yang sangat2 saya harapkan ialah semoga Allah akan memberikan kami rezeki yang sangat kami harapkan iaitu babies (plural ok sebab saya nak anak ramai..aminnnnnn)
Saya bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan pada saya selama saya hidup
Kadang2 saya takut jugak jadi tak bersyukur sebab selalu merungut takde anak laa, kenapa Allah tak bagi anak la...ini la itu la. Mostly pasal anak la sebab saya nak sangat3...
Tahun 2013 ni saya akan belajar untuk menjadi lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah beri
Rezeki bukan hanya anak, kesihatan yang baik pun rezeki dari Allah
Tak semua orang ada anak dan tak semua orang jugak sihat tubuh badan kan
Ada yang menderita sakit kronik dan sebagainya
Bersyukurlah Allah beri saya kesihatan yang baik

Apa2 pun kena banyakkan berdoa dan merintih dengan Allah sebab Allah suka dengar kita merintih dengan Dia
Saya ni ada satu perangai which is buruk punya perangai, saya suka bandingkan saya dengan orang lain
Kehidupan saya dengan orang lain
Misalnya bila saya tengok orang tu baru kahwin je terus lekat, mula la saya dok sorang2...pikir...sedih..rasa jauh hati la ini la itu la
Tak baik laaa....
Takmo takmo. Kena berubah lepas ni. Kena jadi lebih matang dan sabar. Saya kena kuat.
Nak recap balik sepanjang 2012 pun saya rasa takde yang menarik
Takde perkara yang istimewa berlaku

So
Bye bye 2012 , we'll never meet again
And hello 2013
  
Till then
Wassalam





P/S : Breast dah mula rasa sakit since 2,3 hari lepas. Ekceli since awal Disember lagi dah rasa sakit tapi sekejap2 n tak selalu. Tapi yang ni sakit berpanjangan. For me selalunya  it's tanda nak period...Just wait...kalau period maknanya belum ada rezeki...it's ok...Alhamdulillah..=)






Thursday, 27 December 2012

Something we can share

Salam

Saya takde cerita nak update cuma ada few qoutes yang saya ingin share di sini sebab saya rasa ianya bagus untuk memberi kan sedikit inspirasi dan motivasi kepada kita
Enjoy...









For more positive inspirational quotes please click here


 Till then
Wassalam


Sunday, 23 December 2012

Doa

Salam...

Lama jugak saya tak apdet blog ye
Ada ke yg baca blog picisan ni
Anyway saya berterima kasih sangat2 kepada mereka yang sudi membaca blog saya yang tak seberapa ni
Saya tak banyak cerita menarik 
Cuma berkongsi apa yang saya rasa nak kongsi
Hari jumaat lepas saya ada dengar  radio IKIM
Ustaz tu bercakap pasal doa

from google
Selalu kita dengar kan orang cakap : Jangan doa je..kena usaha jugak...
Sebenarnya doa tu pun satu usaha jugak
Kita jangan anggap doa ni sebagai jalan terakhir
Kita sepatutnya meletakkan doa kepada Allah tu sebagai usaha yang utama
Doa kan senjata utama orang Islam
Ustaz tu jugak cakap berdoa ni kena sabar
Kalau kita berdoa dan mintak Allah makbulkan cepat2 doa kita
Maka hilanglah sifat kehambaan dalam diri kita
Kita ni cuma hamba, kenapa kita nak memaksa dari pencipta kita kan?
Ada satu hadis tu, saya tak ingat la ayatnya yang proper kan
Tapi lebih kurang macam ni la maksudnya :
Allah akan berasa malu kalau Dia tak makbulkan doa hambaNya
See?
Betapa Allah swt sayang sangat2 pada hambaNya
Sedangkan kita ni cuma hamba, tapi Allah malu kalau Dia meninggalkan doa kita tanpa dimakbulkan
Kita sebagai hamba ni malu tak dengan Allah?
Kadang2 ingat Allah waktu susah je...
Waktu perlu baru cari Allah
 Lepas tu bila doa suruh Allah cepat-cepat makbulkan
Oh,what a shame...
Saya cakap ni untuk ingatkan diri saya sendiri..
dan jugak sesiapa yang terbaca blog ni
Saya pun manusia biasa
Kadang2 saya pun macam tu jugak
Bila susah hati ke, sedih ke baru nak ingat Allah
Memalukan je
Sedangkan Allah tak pernah lupakan kita
Mudah mudahan perkongsian saya yang tak seberapa ni akan memberi manfaat kepada kita semua kan
Mudah-mudahan setiap hari akan menjadikan kita hamba yang lebih baik

Wallahualam

Till then
Wasalam


Wednesday, 12 December 2012

Dugaan Nak Kurus

Salam

Saya pernah post sebelum ni yang berat badan saya naik mendadak macam badak dipam-pam kan
So sekarang ni saya tengah kontrol makan
Saya dah kurang makan nasik
Seingat saya dalam dua minggu ni baru 4x kot saya makan nasik
Tapi dalam kuantiti setengah senduk sahaja ye
Saya tak tahu la turun ke x sebab saya tak berani nak timbang
Takut kalau tak turun nanti saya give up plak..huhu
For the record, saya baru je dua minggu start program diet tak makan nasik ni
Sekarang ni menu saya ialah :

Pagi : Milo/air kosong/bliss + roti/oat
Tengahari : Sup sayur/oat
Malam : Oat/sup sayur/roti

Saya akan cuba makan malam sebelum pukul 10
Kalau saya lapar sangat sementara tunggu waktu lunch tu saya akan minum/makan nesvita/milo/biskut oat
Susahnya nak kurus uolls
Rindu sangat dengan berat badan yang dulu
Yang selim melim macam Jessica Alba  dulu
Dulu nak cari jeans senang sangat
Sekarang..oh susahnya...
Dulu nak cari baju senang sangat
Sekarang..oh payahnya...

Tapi biasa la kan
Kita ni kalau nak buat apa pun mesti banyakkkk sangat dugaannya kan
Sama la macam misi saya nak kuruskan badan ni
Kadang2 kena gelak la, orang pelawa makan macam2 la
Susah nak handle
Meh saya bagi contoh 

Situasi #1

Pergi kenduri dengan mak mertua
Ambik la nasik kan dah itu je menu yang ada *sape nak bagi kau spagetti carbonara kat situ*
Ceaa...saya ni ambik la setengah senduk je nasik then ulam-ulaman dgn ayam seketol
Pergi duduk kat meja

Mak mertua : Kenapa ambik nasik sikit sangat??
Me : Saja...*sambil sengih-sengih kambing*

Situasi #2

Satu malam tu suami ajak pergi rumah nenek sedare
Sampai kat sana tengok diaorang hidangkan nasik beriani
Saya ni tengok je nasik terus menggelabah nak bagi alasan apa taknak makan ni
Masa tu malam ok. diulang MALAM-M.A.L.A.M *kalau siang saya bedal je*
Tiba-tiba saya tengok ada buah rambutan
Apa lagi saya pun makan la buah rambutan tu banyak2 dengam harapan bila saya cakap dah kenyang sebab makan rambutan maka mereka akan dapat memahami jawaban saya *jawaban?*
Diaorang semua pun mula duduk-duduk nak makan

Wanita 1 : Eh, mari la makan.
Me : Takpe la terima kasih..saya dah kenyang.

Datang Wanita 2

Wanita 2 : Kenapa tak makan ni? Meh2 makan meh. Nasik banyak ni.
Me : Takpe..takpe..saya dah kenyang makan rambutan ni.

Sekali nenek sedare datang

Nenek : Meh makan meh. Tok dah ambik kerusi dengan pinggan ni. Mari la.
Me :Jahanam diet aku malam ni...*dalam hati je laa..*

Situasi #3

Ofis saya ada buat makan-makan sikit lepas meeting aritu
Menunya nasi tomato
Saya pun macam biasa ambik la setengah senduk nasik
Tengah beratur nak ambik lauk ofismate saya tegur

Perempuan itu : Ko ni ambik nasik apa banyak tu je? Diet la konon. Hahaha (dia gelak mengejek ok. Sakit hati I uolls and for the record badan dia tak kurus ye. Sekian)
Me : A'aa.... Aku kan nak diet, biar ah. Terus ambik lauk dan berambus dari situ


9qoute


Macam tu lah antara situasi2 yang saya terpaksa hadapi
Bukan saya nak tolak rezeki saya cuma nak jadi lebih sihat
Saya nak kuruskan badan bukan kerana nak cantik tapi nak usaha untuk dapatkan anak
Kadang2 bila orang pelawa kita makan tak manis kalau kita tolak kan
Takut menjatuhkan air muka dia ke apa ke
So kita jamah la sikit untuk menjaga hati tuan rumah ye dok

Mudah-mudahan saya akan berjaya mencapai target untuk kembalikan berat badan asal
Aminnnnnn.........=)

9qoute

Till then
Wassalam







Tuesday, 11 December 2012