Hear me Allah

Ya Allah
Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang
Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengasihani
Hamba Mu yang hina ini memohon kepadaMu Ya Allah
Izinkanlah kami menjadi ibu dan ayah
Izinkanlah kami memiliki zuriat
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah
Kurniakanlah kami zuriat yang akan mendoakan kami
apabila kami sudah tiada kelak
Kurniakanlah kami zuriat yang akan
menyebarkan agama suciMu Ya Allah
Makbulkanlah doa kami Ya Allah
Amin Ya Rabbal Alamin

Thursday 7 March 2013

Tempat kerjaku : Jauhnyaaaa!!!!

Salam
Harini saya nak bagi tips sikit untuk mereka2 yang bekerja jauh daripada rumah
macam saya lah
Untuk makluman wah makluman gitu
tempat kerja saya jauh dari rumah mertua (saya tinggal dgn mertua ye kwn2..)
Kira2 1 jam perjalanan
Paling cepat pun 45 minit
Stress toksah cakap lah
Paham2 je lah jalanraya time semua orang nak balik kerja kan
Bila dah sampai rumah je badan jadi letih macam kain buruk ( teruknya perumpamaan)
Tapi memang itulah hakikatnya
Hanya mereka yang bekerja jauh sahaja akan faham
Orang lain selalu cakap "Ala bukannya kerja teruk pun. Pergi ofis duduk je depan komputer buat kerja, dalam air cond plak tu."
Haaaa.....korang tak hadap benda tu korang tak tau la azabnya kan....
Tapi sebagai seorang isteri ni walaupun penat macamana kerja rumah tetap kena buat
Jangan kerana kerja tanggungjawab kita pada suami terabai
Bekerja itu pilihan kita
Bila kita sudah memilih untuk bekerja maka kita kenalah hadapi segala kepenatan yang datang
Ok kawan-kawan
 So kat sini saya share lah sikit tips saya yang tak seberapa ni kan
Bagi yang bekerja jauh mesti menghadapi masalah masing-masing
So tips yang pertama ialah :-

1. Pengurusan Masa
Paaaaling penting. Jangan buang masa dengan perkara yang tak penting. Macam saya perjalanan je dah sejam. macam2 saya boleh buat dalam sejam tu kalau kat rumah. Boleh habis satu episod drama bersiri tahu. Eh eh membazir namanya tu. Sampai je rumah rehat la kejap (saya solat asar dulu di ofis) then terus capai baju kotor campak dalam mesin basuh. Lepas tu mandi dan buat la apa yang patut. nak lipat baju ker, kemas dapur ke apa ke kan

2. Bangun awal
Bila dah kerja jauh ni nak tak nak kena la bangun awal. Seawal jam 5.00 - 5.30 pagi bergantung kepada individu.Bangun je terus buatkan sarapan untuk suami. Lepas tu mandi dan kejutkan suami. Seeloknya malam tu iron baju siap2 ataupun masa weekend tu iron terus 5 pasang baju untuk seminggu. Yang ni saya ikut tahap kerajinan jugak la. Hehe. 

3. Persediaan awal
Maksud saya dengan persediaan awal ni ialah bila kita nak memasak. Sebagai isteri bekerjaya yang tempat kerjanya jauh (ewah) seeloknya segala bawang, sayur, ikan, daging apa lah semua yang nak digunakan untuk memasak tu disiang awal2.Potong bawang, sayur daging ke ayam ke  then letak dalam tupperware simpan dalam fridge. Bila nak masak terus capai je. Kena rancang awal2 jugak nak masak apa. So bila kita nak masak ayam ke kita boleh defrost dia awal2. Sediakan semua ni untuk seminggu. kalau lama sangat nanti tak fresh pulak bahan2 tu. Biasanya saya buat ni masa weekend.
4. Sabar

Bekerja di tempat yang jauh ni akan buatkan kita cepat/mudah stress. Jadi kena la banyak2 kan bersabar. Berdoa pada Allah supaya diberikan ketenangan dan kesabaran yang tinggi. 

5. Jangan bawak kerja balik rumah
JANGAN sesekali bawak kerja balik ke rumah. Seboleh-bolehnya cuba siapkan kerja di ofis. Di rumah kita isteri so kena tunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Tugas pejabat hanya buat di pejabat sahaja. Ini untuk mengelakkan kita dari bertambah-tambah stress. Alhamdulillah saya tak pernah lagi bawak balik kerja ke rumah.

6. Redha


Saya rasa yang ni pun penting jugak. Walau apa sekalipun yang kita lakukan kita kena redha dan ikhlas kerana Allah swt. Mudah-mudahan segala pengorbanan kita akan beroleh ganjaran pahala dari Allah swt.

Rasanya tu jelah kot tip yang tak seberapa daripada saya ni. Harapnya dapat lah memberikan sedikit info kepada sape2 yang bekerja jauh dari rumah macam saya ni.


Till then
Wassalam





 




7 comments:

  1. sama la.. tempat kerja sy pun jauh gak.. 40km dr rumah. pergi balik dah 80 km. tol sehari rm8.20..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tol ye...saya mujur la tak kena tol...kalau saya pun kena sabar je la...apa nak buat..nak mintak tukar susah..dah banyak kali saya cuba tapi tak dapat2 lg...

      Delete
  2. samalah juga....dulu masa duk kat johor camtu lah... kuar masa matahari tak kuar lagi, balik umah matahari dah tenggelam... ulang alik pasir gudang ke jb...
    Tapi dah duk temerloh ni... Alhamdulillah... semuanya dekat, rumah, sekolah anak, taska ngan tempat keje

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...pergi keja gelap lagi..sampai rumah pun dah gelap....alhamdulillah la ye dah dapat tempat keja dekat..saya pun tengah try mintak tukar...

      Delete
  3. huuu... samelah... tmpat keje saya pun jauh..
    dri dlu nak cari keje lain, xde rezeki lagi nk dpt tmpat keje dkat dgn umah...
    actually bab jauh tu boleh tahan lagi, bab jem tu yang tension n stress!!! tmbh2 hari jumaat, balik karang jem la tu..sejam lebih baru sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. letih kan...sejam lebih dok dalam keta je...stress sangat bila mengadap jem...sampai rumah je mula la nak bad mood...

      Delete
  4. tempat keje nory dekat je,,, tu pon selalu liatt nak bangun pagi...hehehe

    ReplyDelete