Hear me Allah

Ya Allah
Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang
Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengasihani
Hamba Mu yang hina ini memohon kepadaMu Ya Allah
Izinkanlah kami menjadi ibu dan ayah
Izinkanlah kami memiliki zuriat
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah
Kurniakanlah kami zuriat yang akan mendoakan kami
apabila kami sudah tiada kelak
Kurniakanlah kami zuriat yang akan
menyebarkan agama suciMu Ya Allah
Makbulkanlah doa kami Ya Allah
Amin Ya Rabbal Alamin
Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Friday, 31 May 2013

Yakinlah Pada Allah

Salam

Sebagai manusia, pastinya kadang kala kita rasa tertekan dengan apa yang berlaku dalam hidup kita yang tidak mengikut kehendak kita
Tujuan saya menubuhkan blog ini suatu masa dulu adalah untuk meluahkan segala kesedihan saya
Segala ketidakpuasan hati saya
Tapi saya juga kadang kala terlupa, ada orang lain yang lebih lama diuji tanpa zuriat
Ada orang lain yang lebih pahit dugaannya
Tetapi kini, saya rasa lebih tenang 
dan hati saya seakan baru tersedar bahawa sesungguhnya saya  telah jauh tersasar
Tidak sepatutnya saya merungut dengan segala apa yang saya gagal dapat di dunia ini
Sedangkan banyak lagi nikmat lain yang telah Allah kurniakan kepada saya
Wahai sahabat yang membaca blog ini, cuma satu saya ingin pesan, YAKINLAH dengan Allah
Allah punya perancangan yang terbaik untuk kita
Dia lebih tahu masa yang terbaik untuk kita
Jika satu pintu tertutup jangan tangisi pintu itu terlalu lama hingga kita terlepas pintu lain yang terbuka
Saya jadi malu dengan Allah kerana dulu saya selalu merungut dan meratapi nasib
Cemburu dengan kelebihan orang lain
Kufur nikmat
Kini baru saya rasa  betapa besarnya nikmat yang telah Allah kurniakan kepada saya
Sahabat sekalian, rajinlah meminta kepadaNya
Rajinlah bangun di tengah malam merintih kepadanya di dalam solat hajat
Insyaallah
Janji Allah itu pasti
Hanya Allah tempat kita meminta


Till then
Wassalam





Wednesday, 10 April 2013

Letih, malas, mood ke laut....what's happening to me?????

Salam


Lama jugak saya tak update blog nih
Entahlah
Sejak dua menjak ni badan saya rasa malasssssss sangat
Rasa tak sihat
Nak tidur je
Dok kat ofis tu dalam kepala ingat nak tidoooooooooooooo je...
Malas sesungguh sungguh malas
Mood pun selalu tak ok
Hem.....tak suka la jadi macam ni
Bila jadi macam ni mula la nak bgaduh dengan suami
Silap sikit nak marah
Suami bergurau kasar sikit nak marah
Suami kacau kite tido nak marah
Semua nak marah
Ya Allah....berilah aku kesihatan yang baik
Hati yang tenang
Berilah akui kekuatan dan kesabaran

Amin

Till then
Wassalam


Tuesday, 19 March 2013

Timothy Green!

Salam

Sape dah tengok filem The Odd Life of Timothy Green?
Movie itu tersangat lah best
Saya nangis sorang-sorang tengok filem tu
Hehe
Bagi kita yang TTC ni sangat bagus kalau tonton filem tu
Sebab bagi saya filem tu memberikan inspirasi dan motivasi kepada pasangan yang belum ada anak
Scenary dalam filem ni Masyaallah...cantik sangat3
Kalau nak tahu kena tengok sendiri lah
Tapi memang best sangat filem tu






Comel sangat budak yang jadi Timothy Green ni. Omey2







 Scene paling kelakar and sweet!


Its a must watch movie dear friends
Tapi tak tahu lah kot2 ada yang tak minat
Hehe


Till then
Wassalam




Thursday, 7 March 2013

Tempat kerjaku : Jauhnyaaaa!!!!

Salam
Harini saya nak bagi tips sikit untuk mereka2 yang bekerja jauh daripada rumah
macam saya lah
Untuk makluman wah makluman gitu
tempat kerja saya jauh dari rumah mertua (saya tinggal dgn mertua ye kwn2..)
Kira2 1 jam perjalanan
Paling cepat pun 45 minit
Stress toksah cakap lah
Paham2 je lah jalanraya time semua orang nak balik kerja kan
Bila dah sampai rumah je badan jadi letih macam kain buruk ( teruknya perumpamaan)
Tapi memang itulah hakikatnya
Hanya mereka yang bekerja jauh sahaja akan faham
Orang lain selalu cakap "Ala bukannya kerja teruk pun. Pergi ofis duduk je depan komputer buat kerja, dalam air cond plak tu."
Haaaa.....korang tak hadap benda tu korang tak tau la azabnya kan....
Tapi sebagai seorang isteri ni walaupun penat macamana kerja rumah tetap kena buat
Jangan kerana kerja tanggungjawab kita pada suami terabai
Bekerja itu pilihan kita
Bila kita sudah memilih untuk bekerja maka kita kenalah hadapi segala kepenatan yang datang
Ok kawan-kawan
 So kat sini saya share lah sikit tips saya yang tak seberapa ni kan
Bagi yang bekerja jauh mesti menghadapi masalah masing-masing
So tips yang pertama ialah :-

1. Pengurusan Masa
Paaaaling penting. Jangan buang masa dengan perkara yang tak penting. Macam saya perjalanan je dah sejam. macam2 saya boleh buat dalam sejam tu kalau kat rumah. Boleh habis satu episod drama bersiri tahu. Eh eh membazir namanya tu. Sampai je rumah rehat la kejap (saya solat asar dulu di ofis) then terus capai baju kotor campak dalam mesin basuh. Lepas tu mandi dan buat la apa yang patut. nak lipat baju ker, kemas dapur ke apa ke kan

2. Bangun awal
Bila dah kerja jauh ni nak tak nak kena la bangun awal. Seawal jam 5.00 - 5.30 pagi bergantung kepada individu.Bangun je terus buatkan sarapan untuk suami. Lepas tu mandi dan kejutkan suami. Seeloknya malam tu iron baju siap2 ataupun masa weekend tu iron terus 5 pasang baju untuk seminggu. Yang ni saya ikut tahap kerajinan jugak la. Hehe. 

3. Persediaan awal
Maksud saya dengan persediaan awal ni ialah bila kita nak memasak. Sebagai isteri bekerjaya yang tempat kerjanya jauh (ewah) seeloknya segala bawang, sayur, ikan, daging apa lah semua yang nak digunakan untuk memasak tu disiang awal2.Potong bawang, sayur daging ke ayam ke  then letak dalam tupperware simpan dalam fridge. Bila nak masak terus capai je. Kena rancang awal2 jugak nak masak apa. So bila kita nak masak ayam ke kita boleh defrost dia awal2. Sediakan semua ni untuk seminggu. kalau lama sangat nanti tak fresh pulak bahan2 tu. Biasanya saya buat ni masa weekend.
4. Sabar

Bekerja di tempat yang jauh ni akan buatkan kita cepat/mudah stress. Jadi kena la banyak2 kan bersabar. Berdoa pada Allah supaya diberikan ketenangan dan kesabaran yang tinggi. 

5. Jangan bawak kerja balik rumah
JANGAN sesekali bawak kerja balik ke rumah. Seboleh-bolehnya cuba siapkan kerja di ofis. Di rumah kita isteri so kena tunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Tugas pejabat hanya buat di pejabat sahaja. Ini untuk mengelakkan kita dari bertambah-tambah stress. Alhamdulillah saya tak pernah lagi bawak balik kerja ke rumah.

6. Redha


Saya rasa yang ni pun penting jugak. Walau apa sekalipun yang kita lakukan kita kena redha dan ikhlas kerana Allah swt. Mudah-mudahan segala pengorbanan kita akan beroleh ganjaran pahala dari Allah swt.

Rasanya tu jelah kot tip yang tak seberapa daripada saya ni. Harapnya dapat lah memberikan sedikit info kepada sape2 yang bekerja jauh dari rumah macam saya ni.


Till then
Wassalam





 




Monday, 25 February 2013

Ke udara...

Salam

Setelah lama saya tak ke udara (ke udara?)
Rindu pulak nak menulis
Saya menyepi sekejap kerana tak ada cerita menarik nak dikongsi
Untuk ttc sekarang saya cuma makan EPO je time period sampai hari subur
Mudah-mudahan ada la rezeki
Pati delima plak dah abes
Entah bila la nak pergi beli yang baru
huhu
Cuma seminggu dua ni badan rasa lemau la
Malasssss je nak buat kerja pun
Asyik mengantuk je
Nak tidur je
Sampai suami pun marah sebab pemalas sangat hehe




Nak tanya kawan2 sekalian
Ada tak apa2 supplement yg saya boleh makan untuk tingkatkan tenaga?
Saya betul2 rasa takde semangat nak buat kerja
Badan rasa berat ~ ~ ~ dah gemok memang la berattttt (>_<)
Saya cuma nak cerdas buat kerja
Jadi bersemangat dan bertenaga
Ada suggestions tak.....................?


Till then
Wassalam




Wednesday, 30 January 2013

Alhamdulillah

Salam

Harini bila bukak blog then tengok dekat follower wah, dah sampai 100 follower =)


ok la tahu la 100 apa la sangat 
blog org lain dah beratus ribu follower pun tak kecoh macam ni kan *tetibe emo apesal
saya buat blog ni dengan takde harapan pun untuk org follow blog saya sebab siapalah saya kan
bukan retis ke, blogger yg tegar ke
cuma saya nak jadikan blog ni tempat saya meluahkan dan berkongsi kisah hati saya dengan kawan2 yang melalui pengalaman yang sama mcam saya
perjalanan hidup berumahtangga yang mencabar 

Bila saya tengok follower saya dok 99 saya terlintas jugak kalau jadi 100 kan cantik
Terdetik jugak dalam hati untuk bagi hadiah kepada follower yg ke-100
Saya ucapkan terima kasih kepada kawan2 yg sudi memeriahkan blog picisan ni
dan saya harap  Mrs Sweet sudilah terima hadiah kecil dari saya ye
Terima kasih kepada semua ya!

Kepada Mrs Sweet sila emailkan alamat kat saya di sweetchinta8785@gmail.com as soon as possible k.
Saya tungguuuu....hehe.
Kepada kawan2 yg nak berkenalan dengan saya secara lebih rapat pun boleh jugak email saya di alamat email yg sama k. 
Semoga ikatan silaturrahin kita akan lebih kuat dan kekal abadi dengan niat kerana Allah swt.
Amin..

Till then
Wassalam





Wednesday, 23 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Salam


Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul kepada semua
Ya Nabi Salam Alaika


Till then
Wassalam





Monday, 21 January 2013

Akhirnya...

Salam

Oh...lamanya blog ini tidak ber up date -_-'
Erm...nampak tak?
Nampak tak kat sebelah kanan tuu?
Yang ada tulis My Blogshop tuuu?
Saya dah ada blogshop..yeayyy...*lompat tinggi-tinggi*
Sebenarnya memang dah lama verangan nak bukak blogshop sendiri
Sebelum keje dulu memang ada keinginan nak bukak butik
Tapi bila dah dapat keja ni keinginan tu terhenti kat situ je
Then sekarang baru ada kekuatan nak bukak blogshop
Ye la, memandangkan saya keja ofis hour so kalau saya bukak butik macam susah plak kan takde sape nak manage
So saya bukak la blogshop ni supaya boleh la saya manage walau di mana saja dahku berada
Wah wah wah



Harapan saya agar sudi2 lah kawan2 semua menjengah ke blogshop saya  ye..dan..dan..dan....
Sudi2 lah follow dan..dan..dan...shopping2 kat situ....hehehehe
Sesiapa yag ada fb boleh la search rosua boutique dan ...dan....sudi2 kanlah klik LIKE ye...dan..dan...shopping2 sekali..heeeehehehe*blushing*
saya jual murah2 je...kebanyakan tudung kat kedai saya adalah hasil tangan saya sendiri
tu yg agak bizi sikit tu
tapi apa pun saya seronok sangat dapat buat apa yg saya minat
Saya harap rakan2 kat sini sudilah menyokong saya ye...
Terima kasih banyak2...


Till then
 Wassalam




Monday, 14 January 2013

Long time no see

Salam

Ish, rasa macam lamanya tak update blog
bukan apa..cuma takde cerita menarik untuk dikongsi
Cuma sekarang ni saya dah start makan epo dan pati delima gulsan
Pati delima tu saya beli dengan Yana

Saya kagum tau bila jenguk blog kawan2 TTC yang lain
Macam2 usaha yang mereka buat
Sedangkan saya ni usaha pun ala kadar je
Apa pun saya harap segala usaha saya yang tak seberapa ni berjaya jugak (apakah??)
Aduh...betul2 kering idea ni
Tak tahu nak tulis apa...sob..sob

Macamana ye, nak hidup tanpa rasa sakit hati
Nak hidup dengan penuh rasa redha dan ikhlas dalam hati
Takmo sakit2 hati dengan orang
Takmo sedih2
Nak hidup gembira je
Macamana ye........?


Till then
Wassalam



Monday, 31 December 2012

Situasi

Salam

Harini post entry emo sket eh
Saya nak tanya anda
Apa perasaan anda yang sedang  TTC apabila berada dalam situasi seperti :

1. Anda berada dikalangan ibu2 yang baru mendapat anak sulung dan mereka hanya bercerita mengenai anak mereka sahaja dan anda tidak mampu untuk bersuara kerana anda belum mempunyai anak.

2. Anda berkunjung ke rumah saudara mara yang baru mendapat cucu sulung di dalam keluarga mereka dan mereka hanya bercerita mengenai cucu itu sahaja tanpa anda mampu berkata apa kerana anda belum mempunyai anak.

3. Dalam keluarga suami anda, mereka hanya mempunyai seorang cucu dan anak buah yang mana pastinya bukan anak anda dan anak serta ibu bapa anak itu dilayan bak sultan dan permaisuri  sedangkan anda tidak menerima layanan sebegitu kerana anak belum mempunyai anak.

Apa perasaan anda?

Apa yang anda rasa?

Saya?

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

SAKIT 
v
v
v
v
v

S.A.K.I.T


Sila berikan komen dan ulasan anda
Sekian terima kasih


Till then
Wassalam




Sunday, 30 December 2012

We Will Never Meet Again

Salam

Sedar tak sedar harini dah 31 DISEMBER 2012
Esok dah masuk tahun baru


Harapan saya tahun 2013, saya akan menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik, 
 isteri yang lebih baik, anak yang lebih baik, menantu yang lebih  baik, pekerja yang lebih baik
dan semuanya LEBIH baik (bajet sekarang 'baik' la sebab tu nak jadi 'lebih baik'..haha)
Dan yang sangat2 saya harapkan ialah semoga Allah akan memberikan kami rezeki yang sangat kami harapkan iaitu babies (plural ok sebab saya nak anak ramai..aminnnnnn)
Saya bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan pada saya selama saya hidup
Kadang2 saya takut jugak jadi tak bersyukur sebab selalu merungut takde anak laa, kenapa Allah tak bagi anak la...ini la itu la. Mostly pasal anak la sebab saya nak sangat3...
Tahun 2013 ni saya akan belajar untuk menjadi lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah beri
Rezeki bukan hanya anak, kesihatan yang baik pun rezeki dari Allah
Tak semua orang ada anak dan tak semua orang jugak sihat tubuh badan kan
Ada yang menderita sakit kronik dan sebagainya
Bersyukurlah Allah beri saya kesihatan yang baik

Apa2 pun kena banyakkan berdoa dan merintih dengan Allah sebab Allah suka dengar kita merintih dengan Dia
Saya ni ada satu perangai which is buruk punya perangai, saya suka bandingkan saya dengan orang lain
Kehidupan saya dengan orang lain
Misalnya bila saya tengok orang tu baru kahwin je terus lekat, mula la saya dok sorang2...pikir...sedih..rasa jauh hati la ini la itu la
Tak baik laaa....
Takmo takmo. Kena berubah lepas ni. Kena jadi lebih matang dan sabar. Saya kena kuat.
Nak recap balik sepanjang 2012 pun saya rasa takde yang menarik
Takde perkara yang istimewa berlaku

So
Bye bye 2012 , we'll never meet again
And hello 2013
  
Till then
Wassalam





P/S : Breast dah mula rasa sakit since 2,3 hari lepas. Ekceli since awal Disember lagi dah rasa sakit tapi sekejap2 n tak selalu. Tapi yang ni sakit berpanjangan. For me selalunya  it's tanda nak period...Just wait...kalau period maknanya belum ada rezeki...it's ok...Alhamdulillah..=)






Thursday, 27 December 2012

Something we can share

Salam

Saya takde cerita nak update cuma ada few qoutes yang saya ingin share di sini sebab saya rasa ianya bagus untuk memberi kan sedikit inspirasi dan motivasi kepada kita
Enjoy...









For more positive inspirational quotes please click here


 Till then
Wassalam


Sunday, 23 December 2012

Doa

Salam...

Lama jugak saya tak apdet blog ye
Ada ke yg baca blog picisan ni
Anyway saya berterima kasih sangat2 kepada mereka yang sudi membaca blog saya yang tak seberapa ni
Saya tak banyak cerita menarik 
Cuma berkongsi apa yang saya rasa nak kongsi
Hari jumaat lepas saya ada dengar  radio IKIM
Ustaz tu bercakap pasal doa

from google
Selalu kita dengar kan orang cakap : Jangan doa je..kena usaha jugak...
Sebenarnya doa tu pun satu usaha jugak
Kita jangan anggap doa ni sebagai jalan terakhir
Kita sepatutnya meletakkan doa kepada Allah tu sebagai usaha yang utama
Doa kan senjata utama orang Islam
Ustaz tu jugak cakap berdoa ni kena sabar
Kalau kita berdoa dan mintak Allah makbulkan cepat2 doa kita
Maka hilanglah sifat kehambaan dalam diri kita
Kita ni cuma hamba, kenapa kita nak memaksa dari pencipta kita kan?
Ada satu hadis tu, saya tak ingat la ayatnya yang proper kan
Tapi lebih kurang macam ni la maksudnya :
Allah akan berasa malu kalau Dia tak makbulkan doa hambaNya
See?
Betapa Allah swt sayang sangat2 pada hambaNya
Sedangkan kita ni cuma hamba, tapi Allah malu kalau Dia meninggalkan doa kita tanpa dimakbulkan
Kita sebagai hamba ni malu tak dengan Allah?
Kadang2 ingat Allah waktu susah je...
Waktu perlu baru cari Allah
 Lepas tu bila doa suruh Allah cepat-cepat makbulkan
Oh,what a shame...
Saya cakap ni untuk ingatkan diri saya sendiri..
dan jugak sesiapa yang terbaca blog ni
Saya pun manusia biasa
Kadang2 saya pun macam tu jugak
Bila susah hati ke, sedih ke baru nak ingat Allah
Memalukan je
Sedangkan Allah tak pernah lupakan kita
Mudah mudahan perkongsian saya yang tak seberapa ni akan memberi manfaat kepada kita semua kan
Mudah-mudahan setiap hari akan menjadikan kita hamba yang lebih baik

Wallahualam

Till then
Wasalam


Wednesday, 12 December 2012

Dugaan Nak Kurus

Salam

Saya pernah post sebelum ni yang berat badan saya naik mendadak macam badak dipam-pam kan
So sekarang ni saya tengah kontrol makan
Saya dah kurang makan nasik
Seingat saya dalam dua minggu ni baru 4x kot saya makan nasik
Tapi dalam kuantiti setengah senduk sahaja ye
Saya tak tahu la turun ke x sebab saya tak berani nak timbang
Takut kalau tak turun nanti saya give up plak..huhu
For the record, saya baru je dua minggu start program diet tak makan nasik ni
Sekarang ni menu saya ialah :

Pagi : Milo/air kosong/bliss + roti/oat
Tengahari : Sup sayur/oat
Malam : Oat/sup sayur/roti

Saya akan cuba makan malam sebelum pukul 10
Kalau saya lapar sangat sementara tunggu waktu lunch tu saya akan minum/makan nesvita/milo/biskut oat
Susahnya nak kurus uolls
Rindu sangat dengan berat badan yang dulu
Yang selim melim macam Jessica Alba  dulu
Dulu nak cari jeans senang sangat
Sekarang..oh susahnya...
Dulu nak cari baju senang sangat
Sekarang..oh payahnya...

Tapi biasa la kan
Kita ni kalau nak buat apa pun mesti banyakkkk sangat dugaannya kan
Sama la macam misi saya nak kuruskan badan ni
Kadang2 kena gelak la, orang pelawa makan macam2 la
Susah nak handle
Meh saya bagi contoh 

Situasi #1

Pergi kenduri dengan mak mertua
Ambik la nasik kan dah itu je menu yang ada *sape nak bagi kau spagetti carbonara kat situ*
Ceaa...saya ni ambik la setengah senduk je nasik then ulam-ulaman dgn ayam seketol
Pergi duduk kat meja

Mak mertua : Kenapa ambik nasik sikit sangat??
Me : Saja...*sambil sengih-sengih kambing*

Situasi #2

Satu malam tu suami ajak pergi rumah nenek sedare
Sampai kat sana tengok diaorang hidangkan nasik beriani
Saya ni tengok je nasik terus menggelabah nak bagi alasan apa taknak makan ni
Masa tu malam ok. diulang MALAM-M.A.L.A.M *kalau siang saya bedal je*
Tiba-tiba saya tengok ada buah rambutan
Apa lagi saya pun makan la buah rambutan tu banyak2 dengam harapan bila saya cakap dah kenyang sebab makan rambutan maka mereka akan dapat memahami jawaban saya *jawaban?*
Diaorang semua pun mula duduk-duduk nak makan

Wanita 1 : Eh, mari la makan.
Me : Takpe la terima kasih..saya dah kenyang.

Datang Wanita 2

Wanita 2 : Kenapa tak makan ni? Meh2 makan meh. Nasik banyak ni.
Me : Takpe..takpe..saya dah kenyang makan rambutan ni.

Sekali nenek sedare datang

Nenek : Meh makan meh. Tok dah ambik kerusi dengan pinggan ni. Mari la.
Me :Jahanam diet aku malam ni...*dalam hati je laa..*

Situasi #3

Ofis saya ada buat makan-makan sikit lepas meeting aritu
Menunya nasi tomato
Saya pun macam biasa ambik la setengah senduk nasik
Tengah beratur nak ambik lauk ofismate saya tegur

Perempuan itu : Ko ni ambik nasik apa banyak tu je? Diet la konon. Hahaha (dia gelak mengejek ok. Sakit hati I uolls and for the record badan dia tak kurus ye. Sekian)
Me : A'aa.... Aku kan nak diet, biar ah. Terus ambik lauk dan berambus dari situ


9qoute


Macam tu lah antara situasi2 yang saya terpaksa hadapi
Bukan saya nak tolak rezeki saya cuma nak jadi lebih sihat
Saya nak kuruskan badan bukan kerana nak cantik tapi nak usaha untuk dapatkan anak
Kadang2 bila orang pelawa kita makan tak manis kalau kita tolak kan
Takut menjatuhkan air muka dia ke apa ke
So kita jamah la sikit untuk menjaga hati tuan rumah ye dok

Mudah-mudahan saya akan berjaya mencapai target untuk kembalikan berat badan asal
Aminnnnnn.........=)

9qoute

Till then
Wassalam







Tuesday, 11 December 2012

Tuesday, 4 December 2012

Movie Review- The Collector

Salam

Wah, bajet wartawan sangat nak buat review movie bagai
(Ahhh  tak kira!)
Semalam saya tengok satu movie ni
Movie ni release masa tahun 2009
Movie lama la kiranya saya baru tengok
Mungkin ada yang dah tengok tapi saya je yang baru nak tengok dan dah tengok
Tajuk dia........

|
|
|
|
|
|


Mak oii...memang saspen teruk sangat citer ni
Saya yang tengok ni tercungap-cungap sebab takut *hovernye*
Mengalahkan pelakon plak dah
Dah la tengok sorang2 plak tu
Hasben takde outstation
Berdebar-debar saya tengok
Saya bagi 5 bintang
Sebab memang best sangat sangat sangat
I think this is the best suspense movie I've ever watch
Kat mana saya tengok?
Kat sini la watch32.com

Sinopsis

Mengisahkan tentang keluarga Chase yang baru pindah ke sebuah rumah baru. Keluarga Chase ni kaya, broker barang kemas. Masa pindah tu diaorang panggil tukang rumah untuk baiki tingkap nama tukang rumah ni Arkin. Isteri Arkin ni berhutang dengan loanshark, kiranya macam ah long la. Gaji Arkin ni mana cukup nak bayar hutang tu. Hutang tu nak kena selesaikan malam tu jugak sebelum tengah malam. Arkin ni pun merancang nak pergi curi berlian kat rumah Chase tu demi untuk tolong isteri dia bayar hutang sebab dia tahu keluarga Chase ni nak pergi bercuti hari tu. Malamnya Arkin ni pun pergi la rumah tu. Masa tengah nak bukak peti besi tu tiba2 dia dengar noise dari tingkat atas ke bawah ntah tak ingat*lols*
Rupanya diaorang semua tak sempat pergi holiday tapi ada orang masuk rumah diaorang dan seksa diaorang teruk2. Siap pasang segala perangkap lagi so memang susah la nak escape kalau dah dok dalam rumah tu.  Arkin ni kira terer jugak la mulanya dia dapat keluar dari rumah tu tapi bila dia toleh belakang dia nampak anak tuan rumah tu yang bongsu dok kat tingkap nak cuba keluar. Dia pun tak sampai hati nak tinggalkan budak tu sebab dia pun ada anak yang sebaya dengan budak tu. So dia pun patah balik masuk untuk selamatkan budak tu. Agak-agak korang dia berjaya tak keluar dari rumah tu dengan selamat?
Kalau nak tahu kena la tengok sendiri nanti tak saspen plak kan kalau saya dah cerita sampai habis. Tengok je kat watch32.com
Tak payah susah2 nak beli DVD ke apa ke.

Sequal movie ni The Collection baru je release 30 November 2012 hari tu
Tak sabar nak tunggu watch32 upload 
Hehe


Ni la yang jadi Arkin tu
Josh Stewart kot nama dia
Muka dia dalam citer ni buat saya tersentuh je tengok
Tengok la sendiri
Hehe







Monday, 3 December 2012

DO IT RIGHT

Salam

Hohoi...rase macam lamanya tak update belog
(bajet ada orang baca la sangat kan)
Diam tak diam dah masuk bulan Disember kan
Lagi 27 hari nak masuk tahun baru
Nampak tak ticket anniversary kat sbelah tu?
dah nak masuk setahun setengah dah kami kahwin
Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan doa kami
Untuk menjadi parents


Ummi akan tunggu anak ummi ye...
Eii..tak sabar tak sabar tak sabar *bajet Lisa Surihani sangat*
Amin...

Emm...tiba2 kan harini datang mood nak cakap pasal mekap la plak
Actually saya memang suka sangat bab main mekap-mekap nih
Dulu sebelum kahwin laaagi la gile mekap
Nak masuk keja pukul 8 pukul 6 dah bangun tahu
Jarak dari rumah ke ofis cuma 15 minit je
No jam, no traffic light
Best tak?
Tapi sebab nak bermekap punya pasal pukul 6 dah bangun




Sekarang bila dah kahwin
Suami pun tegur :
" Sayang mekap cantik-cantik nak pergi kerja tu untuk siapa....?"
Sentap.  krek krek krek *bunyik cengkerik*
Hehehe
Kecantikan seorang wanita kan hanya untuk suaminya
Lepas tu saya pun mula la kurangkan mekap
Sekarang pergi kerja saya suma pakai :


* Day creamSF Beauty
(saya memang pakai produk ni sekarang n terbukti berkesan)


* Press powder Silkygirl (best dan murah ok. RM9.90 je tahu)


* Mascara from Silkygirl jugak


*Lipstick (nipis je taknak nampak pucat)
Saya selalu guna yang ni. My fav colour at the moment. 
Insyaallah nanti kalau sempat saya akan review lipstick2 yang saya ada k

  Kadang-kadang pakai day cream + bedak baby je
Kadang-kadang kalau terlambat pakai day cream je
Kadang-kadang kalau terlambat gile apa pun tak pakai
Hehehe
No more eyeshadow
No more blusher
And tau tak sekarang saya rasa masa saya sangat jimat
Tak perlu lagi nak kelam kabut pagi2 nak g keje

Tapi bukan la bermakna saya langsung tak mekap dah
Saya tetap bermekap
Bila keluar dating dengan suami
Bila pergi mana2 dengan suami
Kena mekap tahu
Niat untuk suami
Untuk jaga air muka suami daripada mulut2 golongan yang suka mengata/mengumpat
Kata kanlah suami u kacak kan, then u keluar dengan muka pucat lesi
Selebet je orang tengok
Mesti akan ada golongan (especially perempuan) 
yang akan ber sok sek sok sek kat belakang u bila u melintas kan

" Tengokla tu, laki dia sikit punya hensem tapi bini muka macam pesakit lukemia je."
" Mak oi, hensemnya laki dia. Kalau setakat rupa itu je bini dia anytime aku boleh takcle ni."
" Tak padan langsung pasangan tu, suami kacak tapi isteri....."
" Pemalas betul la si bini tu. Tak tahu langsung nak jaga penampilan."

Bla bla bla
So untuk mengelakkan benda2 macam tu la kita kena jaga penampilan kita
Tapi make  sure penampilan kita tu menutup aurat dengan sesempurna mungkin
dan mekap plak jangan la berlebih lebihan sangat
berpada-pada la
Setakat eyeliner, blusher, listick, mascara semua tu just nice je k
Less is more
Tak perlu nak pakai tebal2
Cuma bagi nampak presentable setiap kali kita keluar


Suka sangat mekap macam ni. nampak fresh je kan


Macam ni pun ok. Simple tapi lengkap



I like this look also


Sweet je mekap macam ni. nampak manis

Walau apa pun kena ingat
Nak menjaga penampilan jangan sampai kita lupa nak jaga aurat ok
Saya sokong sangat kempen macam kat bawah ni
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Credit to sue anna joe+nadia bayu

So,
Marilah kita menutup aurat sambil bergaya yaw!