Hear me Allah

Ya Allah
Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang
Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengasihani
Hamba Mu yang hina ini memohon kepadaMu Ya Allah
Izinkanlah kami menjadi ibu dan ayah
Izinkanlah kami memiliki zuriat
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah
Kurniakanlah kami zuriat yang akan mendoakan kami
apabila kami sudah tiada kelak
Kurniakanlah kami zuriat yang akan
menyebarkan agama suciMu Ya Allah
Makbulkanlah doa kami Ya Allah
Amin Ya Rabbal Alamin

Monday 31 December 2012

Situasi

Salam

Harini post entry emo sket eh
Saya nak tanya anda
Apa perasaan anda yang sedang  TTC apabila berada dalam situasi seperti :

1. Anda berada dikalangan ibu2 yang baru mendapat anak sulung dan mereka hanya bercerita mengenai anak mereka sahaja dan anda tidak mampu untuk bersuara kerana anda belum mempunyai anak.

2. Anda berkunjung ke rumah saudara mara yang baru mendapat cucu sulung di dalam keluarga mereka dan mereka hanya bercerita mengenai cucu itu sahaja tanpa anda mampu berkata apa kerana anda belum mempunyai anak.

3. Dalam keluarga suami anda, mereka hanya mempunyai seorang cucu dan anak buah yang mana pastinya bukan anak anda dan anak serta ibu bapa anak itu dilayan bak sultan dan permaisuri  sedangkan anda tidak menerima layanan sebegitu kerana anak belum mempunyai anak.

Apa perasaan anda?

Apa yang anda rasa?

Saya?

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

SAKIT 
v
v
v
v
v

S.A.K.I.T


Sila berikan komen dan ulasan anda
Sekian terima kasih


Till then
Wassalam




20 comments:

  1. yup..mmg SAKIT..SAKIT sangat..semua rasa ada..tak tahu kita nak bagi reaksi yg macamne..paling standard yg kita leh buat, buat tak gheti jer....huhu..sabar dear,kita serupaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit sangat aquagugul...yang boleh buat cuma diam je la..n senyum tawar...tak boleh la nak sembunyi perasaan tu...

      Delete
  2. have faith in Allah..the time will come,one day in the future,in sha Allah.kita sama2 doakan ya :

    btw,there's one book,written by hlovate and entitle aA+bB kat hujung-hujung novel tu,the couple faced quite the same circumstances that u've to face..and they manage to get through it smoothly,together..so do u!

    p/s:buku tu mungkin membantu :)





    ReplyDelete
    Replies
    1. i do have faith in Allah..but people around me keep hurting me...but insyaallah i will try my best to be more patient and redha...kat mane nak dapat buku tu dear?

      Delete
    2. kat Popular in sha Allah ada :)
      *part ending buku tu memang ayat dia terus sangkut kat hati.benz's words nk pujuk wife dia mungkin boleh sooth ur feeling,somehow :)

      Delete
  3. salam maryam...sy penah alami situasi yang pertama..time tu rasa betapa kerdilnya saya ni..air mata tunggu masa je nak jatuh tapi saya cuba bertahan..kadang saya rasa mereka2 ni nak menunjuk2 sb kita takde anak...adik saya no.2 dah ada baby...no.3,wife dia baru peknen...hati saya??ALLAH saje yg tahu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Latina...saya rasa macam patung cendana je duduk di kalangan diaorang...hati saya rasa pedih sangat masa tu..last2 saya angkat kaki pergi join sepupu yg baru kahwin masa tu...n u know what, sekarang dia pun dah pregnant...baru 4 bulan dia kahwin...rezeki dia kan..cuma sedih la dengan sikap tak sensitif sesetengah org tu kan...

      Delete
  4. salam..
    sye datang singgah balas kunjungan...hehe

    yup dear, memang sakit...nory masa tahun pertama kawen, mmg rase down giler, selalu nangis2 bile dgr org lain mengandung...tapi sekarang, alhamdulillah...nory dah boleh terima kenyataan, semakin selesa berdua..tapi kalau ade rezeki, mmg kami teringin sgt nak ade cahaya mata sendri...insyaALLAH...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah nory...saya pun teringin sangat2...semoga Allah kurniakan kita anak macam orang lain jugak..amin...tq for dropping by.=)

      Delete
  5. awak, pati delima tu awak nak email kat saya
    yanapinggiran@yahoo.com.my

    senang nak berurusan kat email

    ReplyDelete
  6. hi sis, keep smile, ALLAH always with us. salam kenal :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal dik...insyaAllah..sis akan cuba perbaiki kelemahan sis dalam menghadapi ujian ni...salam kenal juga ye..=)

      Delete
  7. saya dah 10 tahun bertahan perasaan seperti diatas.. dalam hati berkata-kata tapi saya hanya mampu tersenyum dan senyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis...saya rasa kagum dengan sis...sis memang seorang yg tabah kan...semoga saya jugak akan menjadi tabah mcm sis...

      Delete
  8. sy pernah lalui apa yg awk pernah lalui nie dulu..trust me, memg sy fhm sgt perasaan ini. dulu memg hati sy sakit, kecewa bila org sekeliling bertanya soklan yg kdg2 menyakitkan hati, meruntun jiwa hingga sesak dada. tp bila kembali muhasabah diri..sbnrnya Allah sygkan kita..sbb tue di uji kita bersama org2 begini disekeliling kita. Kalo kita lemah, makanya syaitan berjaya merajai diri..tp kalo kita hadapi dgn tenang dan sabar..kita akan lbh rasa bersyukur. Bukan mudah..ya sy jg tahu..tp bila sy muhasabah diri..mencari sudut yg positif..entah dimana sy dpt kekuatan utk melawan seme hasutan syaitan..hinggakan bla sy baca blog ibu2 hamil, bila dgr kwn2 preggy..sy sudah mampu utk gembira..ya..sy mampu rasa gembira utk mereka..sdgkan sblm nie sy xmampu pun atau cuba elak utk membca blog2 ibu hamil nie, sy jg mampu berhadapan dgn org yg memndang rendah pd ttc nie, tidak kecewa lg dgn kata2 diorg..malah jauh utk marah dan sakit hati pd diorg. Sy yakin..Allah itu Maha Mengasihani umatnya..jika kita hadapi dgn redha dan ikhlas..insyaAllah...pasti akan ada penganti yg lbh baik. Cubala mencari yg positif di sebalik kata2 yg menyakitkan..skdr pengonsian bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Mrs Lurve, saya harap saya jugak akan jadi kuat macam awak..saya pun kalau boleh taknak terlalu fikir pasal hal ni...saya setuju dgn apa yg awak cakap...Allah uji kita kerana Dia sygkan kita...cuma kita je yg tak nampak kan..selalu merungut n macam2 lagi...tq so much utk perkongsian yg sgt baik ni...=)

      Delete
  9. hai dear...chinta follow cni jugak tau...tankiu..

    ReplyDelete
  10. sabar sahabat. kita sama, cuma beza usia perkahwinan kita. Allah Maha Mendengar. betternya, bila situasi itu terjadi, bangun dan jauhkan diri dari keadaan itu. keluar berjalan mencari udara segar, tak pun masuk saja ke bilik.

    amalkan 3 benda. syukur, sabar dan redha. InsyaAllah, tenang. kalau mereka bertanya, senyum sahaja. sakit kita Allah akan bls satu hari nanti. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  11. salam maryam...

    saya Latina(cintakasihlatina.blogspot.com),nak bgtau url blog sy dah ditukar kpd DiariCikIna.blogspot.com...jgn lupa singgah ye...

    ReplyDelete
  12. Singgah kat blog kawn2 hari minggu sambil rest and baca byk yg terbaik kat sini best lah follow terus

    ReplyDelete