Hear me Allah

Ya Allah
Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang
Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengasihani
Hamba Mu yang hina ini memohon kepadaMu Ya Allah
Izinkanlah kami menjadi ibu dan ayah
Izinkanlah kami memiliki zuriat
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah
Kurniakanlah kami zuriat yang akan mendoakan kami
apabila kami sudah tiada kelak
Kurniakanlah kami zuriat yang akan
menyebarkan agama suciMu Ya Allah
Makbulkanlah doa kami Ya Allah
Amin Ya Rabbal Alamin
Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

Wednesday, 10 April 2013

Letih, malas, mood ke laut....what's happening to me?????

Salam


Lama jugak saya tak update blog nih
Entahlah
Sejak dua menjak ni badan saya rasa malasssssss sangat
Rasa tak sihat
Nak tidur je
Dok kat ofis tu dalam kepala ingat nak tidoooooooooooooo je...
Malas sesungguh sungguh malas
Mood pun selalu tak ok
Hem.....tak suka la jadi macam ni
Bila jadi macam ni mula la nak bgaduh dengan suami
Silap sikit nak marah
Suami bergurau kasar sikit nak marah
Suami kacau kite tido nak marah
Semua nak marah
Ya Allah....berilah aku kesihatan yang baik
Hati yang tenang
Berilah akui kekuatan dan kesabaran

Amin

Till then
Wassalam


Sunday, 27 January 2013

Sabarlah wahai hati...

Salam

Macamana cuti baru2 ni?
mesti ramai yg pergi bercuti kan
Saya tak kemana pun..cuma duduk di rumah mertua sahaja
Masak-masak dan makan-makan
Semalam masa tengah makan tengahari dengan mertua saya mereka bercerita tentang kawan kakak ipar saya
Daripada cerita mereka itu saya dapat tahu lah bahawasanya dia itu seorang yang berbadan gempal
Cerita punya cerita masuklah bab anak
Katanya anak wanita tu baru 1 tahun 8 bulan dan dah boleh berjalan
Mulalah bandingkan dengan cucu tunggal mereka (buat masa ni)
Tiba2 bapa mertua saya mengeluarkan kata2 yang betul2 buat saya sentap


" Orang gemuk pun boleh mengandung kan."


Bila dengar macam tu terus nasi yang saya telan tu rasa macam pasir
Saya terdiam terkejut terkedu
Hati saya sakit
Tapi saya cuba kawal perasaan saya
Saya cuba berlagak tenang
Saya jawab dengan setenang mungkin

" Kat ofis ada dua orang kakak tu memang gemuk, tapi mudah je lekat saya tengok."

Dalam hati cuba memujuk mungkin dia hanya bergurau sebab orang tu gemuk kot 
 Lepas tu saya cepat2 habiskan nasi dan masuk bilik
Kebetulan masa tu suami saya takde cuma kami bertiga sahaja
Hati saya sakit
Marah geram semua bercampur



Tolonglah Ya Allah
Bagilah aku kekuatan untuk hadapi serangan2 yg sebegini
Bagilah aku kesabaran untuk berdepan dengan manusia2 sebegini
Sesungguhnya kekuatan aku datang dariMu
Amin..
Hati...sabar ya...
Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar


 Till then
Wassalam



Monday, 31 December 2012

Situasi

Salam

Harini post entry emo sket eh
Saya nak tanya anda
Apa perasaan anda yang sedang  TTC apabila berada dalam situasi seperti :

1. Anda berada dikalangan ibu2 yang baru mendapat anak sulung dan mereka hanya bercerita mengenai anak mereka sahaja dan anda tidak mampu untuk bersuara kerana anda belum mempunyai anak.

2. Anda berkunjung ke rumah saudara mara yang baru mendapat cucu sulung di dalam keluarga mereka dan mereka hanya bercerita mengenai cucu itu sahaja tanpa anda mampu berkata apa kerana anda belum mempunyai anak.

3. Dalam keluarga suami anda, mereka hanya mempunyai seorang cucu dan anak buah yang mana pastinya bukan anak anda dan anak serta ibu bapa anak itu dilayan bak sultan dan permaisuri  sedangkan anda tidak menerima layanan sebegitu kerana anak belum mempunyai anak.

Apa perasaan anda?

Apa yang anda rasa?

Saya?

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

SAKIT 
v
v
v
v
v

S.A.K.I.T


Sila berikan komen dan ulasan anda
Sekian terima kasih


Till then
Wassalam




Thursday, 27 December 2012

Something we can share

Salam

Saya takde cerita nak update cuma ada few qoutes yang saya ingin share di sini sebab saya rasa ianya bagus untuk memberi kan sedikit inspirasi dan motivasi kepada kita
Enjoy...









For more positive inspirational quotes please click here


 Till then
Wassalam


Wednesday, 12 December 2012

Dugaan Nak Kurus

Salam

Saya pernah post sebelum ni yang berat badan saya naik mendadak macam badak dipam-pam kan
So sekarang ni saya tengah kontrol makan
Saya dah kurang makan nasik
Seingat saya dalam dua minggu ni baru 4x kot saya makan nasik
Tapi dalam kuantiti setengah senduk sahaja ye
Saya tak tahu la turun ke x sebab saya tak berani nak timbang
Takut kalau tak turun nanti saya give up plak..huhu
For the record, saya baru je dua minggu start program diet tak makan nasik ni
Sekarang ni menu saya ialah :

Pagi : Milo/air kosong/bliss + roti/oat
Tengahari : Sup sayur/oat
Malam : Oat/sup sayur/roti

Saya akan cuba makan malam sebelum pukul 10
Kalau saya lapar sangat sementara tunggu waktu lunch tu saya akan minum/makan nesvita/milo/biskut oat
Susahnya nak kurus uolls
Rindu sangat dengan berat badan yang dulu
Yang selim melim macam Jessica Alba  dulu
Dulu nak cari jeans senang sangat
Sekarang..oh susahnya...
Dulu nak cari baju senang sangat
Sekarang..oh payahnya...

Tapi biasa la kan
Kita ni kalau nak buat apa pun mesti banyakkkk sangat dugaannya kan
Sama la macam misi saya nak kuruskan badan ni
Kadang2 kena gelak la, orang pelawa makan macam2 la
Susah nak handle
Meh saya bagi contoh 

Situasi #1

Pergi kenduri dengan mak mertua
Ambik la nasik kan dah itu je menu yang ada *sape nak bagi kau spagetti carbonara kat situ*
Ceaa...saya ni ambik la setengah senduk je nasik then ulam-ulaman dgn ayam seketol
Pergi duduk kat meja

Mak mertua : Kenapa ambik nasik sikit sangat??
Me : Saja...*sambil sengih-sengih kambing*

Situasi #2

Satu malam tu suami ajak pergi rumah nenek sedare
Sampai kat sana tengok diaorang hidangkan nasik beriani
Saya ni tengok je nasik terus menggelabah nak bagi alasan apa taknak makan ni
Masa tu malam ok. diulang MALAM-M.A.L.A.M *kalau siang saya bedal je*
Tiba-tiba saya tengok ada buah rambutan
Apa lagi saya pun makan la buah rambutan tu banyak2 dengam harapan bila saya cakap dah kenyang sebab makan rambutan maka mereka akan dapat memahami jawaban saya *jawaban?*
Diaorang semua pun mula duduk-duduk nak makan

Wanita 1 : Eh, mari la makan.
Me : Takpe la terima kasih..saya dah kenyang.

Datang Wanita 2

Wanita 2 : Kenapa tak makan ni? Meh2 makan meh. Nasik banyak ni.
Me : Takpe..takpe..saya dah kenyang makan rambutan ni.

Sekali nenek sedare datang

Nenek : Meh makan meh. Tok dah ambik kerusi dengan pinggan ni. Mari la.
Me :Jahanam diet aku malam ni...*dalam hati je laa..*

Situasi #3

Ofis saya ada buat makan-makan sikit lepas meeting aritu
Menunya nasi tomato
Saya pun macam biasa ambik la setengah senduk nasik
Tengah beratur nak ambik lauk ofismate saya tegur

Perempuan itu : Ko ni ambik nasik apa banyak tu je? Diet la konon. Hahaha (dia gelak mengejek ok. Sakit hati I uolls and for the record badan dia tak kurus ye. Sekian)
Me : A'aa.... Aku kan nak diet, biar ah. Terus ambik lauk dan berambus dari situ


9qoute


Macam tu lah antara situasi2 yang saya terpaksa hadapi
Bukan saya nak tolak rezeki saya cuma nak jadi lebih sihat
Saya nak kuruskan badan bukan kerana nak cantik tapi nak usaha untuk dapatkan anak
Kadang2 bila orang pelawa kita makan tak manis kalau kita tolak kan
Takut menjatuhkan air muka dia ke apa ke
So kita jamah la sikit untuk menjaga hati tuan rumah ye dok

Mudah-mudahan saya akan berjaya mencapai target untuk kembalikan berat badan asal
Aminnnnnn.........=)

9qoute

Till then
Wassalam







Sick people around me

Salam

Bila tengok annivesary ticket kat bawah ni hati jadi sayu
Rasa risau pun ada
Rasa sedih yang amat

Bulan ni masih tak period 
Tapi rasa dah takmau berharap (for the time being)
Takmau fikir lagi
Bila fikir jadi stress
Im ok bila berdua dgn husband
Im ok bila dgn my family 
But when it comes to these people
I feel sakit hati sangat
Bukan sakit hati kenapa
The way they act buat saya rasa jauh hati
Kadang2 sampai naik menyampah
Buat saya rasa kecik hati
Sumpah saya kecik hati
Sorry la saya takde anak lagi *my heart whispers*

People,
Please, jangan buat saya rasa hilang keyakinan diri
Jangan buat saya rasa useless
Jangan buat saya rasa diri diperlekehkan
Because when I feel that way sebab you people
I'm afraid I will take you away from my heart
And when that happen
I don't care who you are to me anymore

source : google







Sunday, 4 November 2012

REFRESH

Salam...

Lamanya saya tak bukak blog ni (tuan sendiri pun tak jenguk camana la orang lain nak jenguk???)
Actually saya sedang mencari diri
Memberbaiki diri
Merawat hati

These past few days saya rasa teruk sangat
Rasa jauh dari Allah
Hati saya rasa kelam
Gelap gelita
Saya bergaduh dengan suami
Tarik muka
Marah-marah
Saya rasa gelisah
Rasa tak tenang
Rasa tak suka meluap-luap dengan keluarga mertua
Rasa sakit hati tengok orang lain pegang anak
Macam-macam lagi benda negatif menghampiri saya

Sampai satu masa saya terfikir
Kenapa aku jadi sampai macamni?
Kenapa aku jadi seorang yang busuk hati?
Seorang yang keras hati?
Tak tahu bersyukur dengan nikmat Allah.

Alhamdulillah
Allah masih sayangkan saya
Allah bukak pintu hati saya
Allah gerakkan hati saya untuk berfikir


Sejak tu
Saya banyakkan berdoa lepas solat
Saya amalkan baca surah Yassin tiap-tiap malam
Banyakkan membaca Al-Quran
Betapa powernya Al-Quran
Dapat tenangkan hati yang gelisah
Alhamdulillah
Memang saya rasa perubahan dalam diri saya
Saya rasa lebih tenang
Saya lebih lembut hati
Rasa bahagia
Saya rasa 'segar'



Hilang segala resah gelisah yang saya rasa
Bila kita jauh dari Allah syaitan mudah masuk ke dalam hati kita
Syaitan tu tanam rasa benci rasa marah dalam hati  kita

Pesan saya kepada sesiapa yang terbaca blog ini
Kalau anda rasa cepat marah, resah, tak redha, 
sedih, sakit hati,malas,kedekut atau apa saja perasaan yang negatif
Bacalah Al-Quran
Insyaallah anda akan rasa lebih tenang
Amalkan
Banyakkan berdoa lepas solat
Merintih dengan Allah
Allah saja yang benar-benar faham kita
Allah saja yang betul-betul boleh tolong kita
Mintak dijauhkan dari sifat2 yang tak elok


Semoga saya akan lebih iqtiqamah melakukan amalan2 yang baik
Saya cuma mahu menjadi lebih baik setiap hari

Wallahualam