Hear me Allah

Ya Allah
Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang
Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengasihani
Hamba Mu yang hina ini memohon kepadaMu Ya Allah
Izinkanlah kami menjadi ibu dan ayah
Izinkanlah kami memiliki zuriat
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah
Kurniakanlah kami zuriat yang akan mendoakan kami
apabila kami sudah tiada kelak
Kurniakanlah kami zuriat yang akan
menyebarkan agama suciMu Ya Allah
Makbulkanlah doa kami Ya Allah
Amin Ya Rabbal Alamin

Wednesday 12 December 2012

Dugaan Nak Kurus

Salam

Saya pernah post sebelum ni yang berat badan saya naik mendadak macam badak dipam-pam kan
So sekarang ni saya tengah kontrol makan
Saya dah kurang makan nasik
Seingat saya dalam dua minggu ni baru 4x kot saya makan nasik
Tapi dalam kuantiti setengah senduk sahaja ye
Saya tak tahu la turun ke x sebab saya tak berani nak timbang
Takut kalau tak turun nanti saya give up plak..huhu
For the record, saya baru je dua minggu start program diet tak makan nasik ni
Sekarang ni menu saya ialah :

Pagi : Milo/air kosong/bliss + roti/oat
Tengahari : Sup sayur/oat
Malam : Oat/sup sayur/roti

Saya akan cuba makan malam sebelum pukul 10
Kalau saya lapar sangat sementara tunggu waktu lunch tu saya akan minum/makan nesvita/milo/biskut oat
Susahnya nak kurus uolls
Rindu sangat dengan berat badan yang dulu
Yang selim melim macam Jessica Alba  dulu
Dulu nak cari jeans senang sangat
Sekarang..oh susahnya...
Dulu nak cari baju senang sangat
Sekarang..oh payahnya...

Tapi biasa la kan
Kita ni kalau nak buat apa pun mesti banyakkkk sangat dugaannya kan
Sama la macam misi saya nak kuruskan badan ni
Kadang2 kena gelak la, orang pelawa makan macam2 la
Susah nak handle
Meh saya bagi contoh 

Situasi #1

Pergi kenduri dengan mak mertua
Ambik la nasik kan dah itu je menu yang ada *sape nak bagi kau spagetti carbonara kat situ*
Ceaa...saya ni ambik la setengah senduk je nasik then ulam-ulaman dgn ayam seketol
Pergi duduk kat meja

Mak mertua : Kenapa ambik nasik sikit sangat??
Me : Saja...*sambil sengih-sengih kambing*

Situasi #2

Satu malam tu suami ajak pergi rumah nenek sedare
Sampai kat sana tengok diaorang hidangkan nasik beriani
Saya ni tengok je nasik terus menggelabah nak bagi alasan apa taknak makan ni
Masa tu malam ok. diulang MALAM-M.A.L.A.M *kalau siang saya bedal je*
Tiba-tiba saya tengok ada buah rambutan
Apa lagi saya pun makan la buah rambutan tu banyak2 dengam harapan bila saya cakap dah kenyang sebab makan rambutan maka mereka akan dapat memahami jawaban saya *jawaban?*
Diaorang semua pun mula duduk-duduk nak makan

Wanita 1 : Eh, mari la makan.
Me : Takpe la terima kasih..saya dah kenyang.

Datang Wanita 2

Wanita 2 : Kenapa tak makan ni? Meh2 makan meh. Nasik banyak ni.
Me : Takpe..takpe..saya dah kenyang makan rambutan ni.

Sekali nenek sedare datang

Nenek : Meh makan meh. Tok dah ambik kerusi dengan pinggan ni. Mari la.
Me :Jahanam diet aku malam ni...*dalam hati je laa..*

Situasi #3

Ofis saya ada buat makan-makan sikit lepas meeting aritu
Menunya nasi tomato
Saya pun macam biasa ambik la setengah senduk nasik
Tengah beratur nak ambik lauk ofismate saya tegur

Perempuan itu : Ko ni ambik nasik apa banyak tu je? Diet la konon. Hahaha (dia gelak mengejek ok. Sakit hati I uolls and for the record badan dia tak kurus ye. Sekian)
Me : A'aa.... Aku kan nak diet, biar ah. Terus ambik lauk dan berambus dari situ


9qoute


Macam tu lah antara situasi2 yang saya terpaksa hadapi
Bukan saya nak tolak rezeki saya cuma nak jadi lebih sihat
Saya nak kuruskan badan bukan kerana nak cantik tapi nak usaha untuk dapatkan anak
Kadang2 bila orang pelawa kita makan tak manis kalau kita tolak kan
Takut menjatuhkan air muka dia ke apa ke
So kita jamah la sikit untuk menjaga hati tuan rumah ye dok

Mudah-mudahan saya akan berjaya mencapai target untuk kembalikan berat badan asal
Aminnnnnn.........=)

9qoute

Till then
Wassalam







2 comments:

  1. btul kata awak tu..nak kurus mmg byk dugaannya..mcm kes sy..sy skrg ni tgh kontrol mkn sb alasan yg sama gan awak iaitu nak memiliki zuriat..takde terlintas pun nk cantik2..tapi ada mulut longkang sound sy.."mana aci awak sorang je kurus??habis tu sy ni mcmne?dia bole kata mcm tu kt sy dgn nada yg tinggi...hangin 1 badan sy ni tau...dia ingat sy kesahkan dia....

    ReplyDelete
  2. hai latina. kadang2 tu susah kan nak handle org macam ni. nak senang kita buat tak tau je. manusia ni memang suka perli2 kita kalau kita nak buat sesuatu. saya pun heran kan.

    ReplyDelete