Hear me Allah

Ya Allah
Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang
Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengasihani
Hamba Mu yang hina ini memohon kepadaMu Ya Allah
Izinkanlah kami menjadi ibu dan ayah
Izinkanlah kami memiliki zuriat
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah
Kurniakanlah kami zuriat yang akan mendoakan kami
apabila kami sudah tiada kelak
Kurniakanlah kami zuriat yang akan
menyebarkan agama suciMu Ya Allah
Makbulkanlah doa kami Ya Allah
Amin Ya Rabbal Alamin

Sunday 27 January 2013

Sabarlah wahai hati...

Salam

Macamana cuti baru2 ni?
mesti ramai yg pergi bercuti kan
Saya tak kemana pun..cuma duduk di rumah mertua sahaja
Masak-masak dan makan-makan
Semalam masa tengah makan tengahari dengan mertua saya mereka bercerita tentang kawan kakak ipar saya
Daripada cerita mereka itu saya dapat tahu lah bahawasanya dia itu seorang yang berbadan gempal
Cerita punya cerita masuklah bab anak
Katanya anak wanita tu baru 1 tahun 8 bulan dan dah boleh berjalan
Mulalah bandingkan dengan cucu tunggal mereka (buat masa ni)
Tiba2 bapa mertua saya mengeluarkan kata2 yang betul2 buat saya sentap


" Orang gemuk pun boleh mengandung kan."


Bila dengar macam tu terus nasi yang saya telan tu rasa macam pasir
Saya terdiam terkejut terkedu
Hati saya sakit
Tapi saya cuba kawal perasaan saya
Saya cuba berlagak tenang
Saya jawab dengan setenang mungkin

" Kat ofis ada dua orang kakak tu memang gemuk, tapi mudah je lekat saya tengok."

Dalam hati cuba memujuk mungkin dia hanya bergurau sebab orang tu gemuk kot 
 Lepas tu saya cepat2 habiskan nasi dan masuk bilik
Kebetulan masa tu suami saya takde cuma kami bertiga sahaja
Hati saya sakit
Marah geram semua bercampur



Tolonglah Ya Allah
Bagilah aku kekuatan untuk hadapi serangan2 yg sebegini
Bagilah aku kesabaran untuk berdepan dengan manusia2 sebegini
Sesungguhnya kekuatan aku datang dariMu
Amin..
Hati...sabar ya...
Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar


 Till then
Wassalam



2 comments:

  1. tiada kata-kata lain yg boleh saya katakan hanyalah bersabar... insyaallah ada sinarnya nanti

    ReplyDelete
  2. terima kasih...memang kita kena kuat jgn biar orang lain senang2 nak hina kita...

    ReplyDelete