Hear me Allah

Ya Allah
Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang
Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengasihani
Hamba Mu yang hina ini memohon kepadaMu Ya Allah
Izinkanlah kami menjadi ibu dan ayah
Izinkanlah kami memiliki zuriat
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah
Kurniakanlah kami zuriat yang akan mendoakan kami
apabila kami sudah tiada kelak
Kurniakanlah kami zuriat yang akan
menyebarkan agama suciMu Ya Allah
Makbulkanlah doa kami Ya Allah
Amin Ya Rabbal Alamin

Wednesday 17 October 2012

Kepala berpusing


Salam...

Macam scary je tajuk
Awal bulan haritu saya mc dua hari
Sebab kepala saya pening
Macam berjalan atas bot
Tapi tak muntah la
Sekali je kot saya muntah
Tu pun sikit je

Saya tak tahu kenapa
Tiba2 je bangun tidur pagi tu kepala saya pening
Saya tengok bilik jadi tunggang langgang
2 minggu jugak la baru rasa ok
Nak kata ok tu ok la
Tapi sekarang ni bila saya baring kejap then nak pusing badan ke nak bangun ke
Memang akan rasa balik tunggang langgang tu
Tunduk je mesti rasa 
Kenapa eh?

Masa mula2 jadi tu saya pergi klinik
Mula saya ingatkan tekanan darah rendah
Tapi bila doc check bp saya ok
Nak kata silap makan(doc kata saya mungkin makan benda berangin)
Kenapa sampai sekarang saya masih rasa lagi
Dan saya rasa takde plak makan benda berangin
Dah 3 minggu

Itu lah yang saya ingatkan saya mengandung
Tapi 2 kali buat upt negative jugak
Kecewa rasanya
Tapi takpe la kan
Ada la hikmahnya tu

Saya hairan la
Kenapa  saya rasa macam tu
Bila tunduk pening
Nak bangun tidur pening

Kolestrol tinggi kot?
Memang tu simptom kolestrol tinggi ke?


1 comment:

  1. slam...sy syor kan andro plus kepada penghidap darah tinggi Andro plus menurunkan selsema..demam selsema.demam panas.sakit tekak.masalah kerosakan hati dan cirit birit.kandungan utama adalah andrografolida yang banyak di temui di daun hempedu bumi.andrografolida berupaya mrncegah pegumpulan kolestrol yang pekat dalam saluran darah ke tahap yang lebih baik berbanding minyak ikan kod sebanyak 10 kali ganda berkesan Kajian d jalankan mendapati andrografolida mengurangkan kelesuan badan.sebanyak 50 %.sakit tekak berkurang sebanyak 40% sakit otot berkurang sebanyak 48% dan pening kerana resdung berkurang sebanyak 30%.resume untuk.di jangkiti selsema 2 kali menurun selepas amal kan.andro plus..sebotol ada 140 biji kapsul harga rm65 saja dengan formula buang lemak n sejukan badan...hubungi sy..mohd zuhairi 0174687570....amat amat berkesan

    ReplyDelete