Hear me Allah

Ya Allah
Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang
Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengasihani
Hamba Mu yang hina ini memohon kepadaMu Ya Allah
Izinkanlah kami menjadi ibu dan ayah
Izinkanlah kami memiliki zuriat
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah
Kurniakanlah kami zuriat yang akan mendoakan kami
apabila kami sudah tiada kelak
Kurniakanlah kami zuriat yang akan
menyebarkan agama suciMu Ya Allah
Makbulkanlah doa kami Ya Allah
Amin Ya Rabbal Alamin

Sunday 14 October 2012

Stress

Salam...

Sekarang saya rasa makin ok
Mood pun dah ok
Walaupun last few days saya mengalami hari yang teruk

Kadang-kadang kan 
Bila kita banyak berfikir akhirnya kita akan jadi tertekan
Jadi stress

Itulah yang saya alami
Fikir macam-macam
Pasal anak
Pasal rumah tangga (saya tinggal dengan mertua dan honestly saya tak suka)
Pasal tempat kerja
Pasal berat badan (badan saya makin hari makin naik)
Pasal suami
Pasal macam-macam lagilah

Sampai ada masa saya menangis sorang-sorang Stress
Saya dah tak tahu macamna nak handle semua benda tu
Kenapa saya rasa macam susah sangat perjalanan hidup saya
Bila tengok orang lain gembira
Hari-hari mereka gembira dan lancar

Saya kalau boleh tak mahu semua benda tu menjadikan saya seorang hamba yang kufur nikmat
Saya dekatkan diri dengan Allah
Hanya pada Allah tempat saya mengadu
Hati saya sakit
Dada saya sakit

Tak ada siapa yang faham
Tak ada siapa yang tahu

source from google

Saya sendiri tak tahu macamana nak terangkan
Apa yang saya lalui

Allah...Help me.....
Please......

2 comments:

  1. sabar yer awak..sy pun dpt rs apa yg awak rasa wlpn sy bkn di tempat awak..insyaAllah Allah ada perancang terbaik untuk awak dan family..Allah tidak akan menguji hambaNya beban yang hambaNya tidak dpt tanggung..

    bab mertua tu sy rasa if awak tinggal berasingan ngn mertua lebih baik kot..sbb sy pun mcm awak jugak dulu..

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak2 haizan...saya hargai sangat kata2 awak...terus terang saya cakap,saya gembira sgt tengok life awak...

    ReplyDelete