Hear me Allah

Ya Allah
Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang
Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengasihani
Hamba Mu yang hina ini memohon kepadaMu Ya Allah
Izinkanlah kami menjadi ibu dan ayah
Izinkanlah kami memiliki zuriat
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah
Kurniakanlah kami zuriat yang akan mendoakan kami
apabila kami sudah tiada kelak
Kurniakanlah kami zuriat yang akan
menyebarkan agama suciMu Ya Allah
Makbulkanlah doa kami Ya Allah
Amin Ya Rabbal Alamin

Monday 10 June 2013

Sambungan....part 2 (ewah part 2 la sangat)

Salam

Ok ni sambungan dari entry lepas
Alhamdulillah minggu ni baby dalam perut ni dah brusia 15 minggu
Minggu depan cukup 4 bulan
Tak sabar nak tunggu perut ni membesar dengan jayanya hehe...
Tak sabar nak pakai baju mengandung yang cumil2 sebenarnya 
Sekarang ni badan saya dah semakin bertenaga
Pening2 tu biasala
Ada hari ok ada harinya tak ok
Cuma muntah2 stil ada jugak bila saya lambat makan
So bila korang dah mengandung nanti jgn sesekali biarkan perut kosong sebab bila angin masuk tu yang menyebabkan loya nak muntah tu
Buat masa sekarang saya cuma makan iberet folic menggantikan folic asid dan iron tablet
Sebabnya tak kuasa nak telan 2-3 jenis pil 
Malas ya amat
Selain tu saya jugak baru amalkan minum esp shakelee
ESP ni bagus untuk menambahkan tenaga kepada ibu mengandung
Yang tak mengandung pon boleh minum sesuai untuk semua
Mengandung is sangat seronok 
Satu perasaan yang tak tahu saya nak gambarkan dengan kata2
Cumanya tha sad part is.......saya kena kencing manis masa mengandung
Oh sad....
Tapi setakat ni masih di tahap yang ok la...
BSP saya pon ok (nanti saya crita apa bondo eh BSP tu)
Kena kontrol makan sikit la tak boleh nak bedal je semua
Apa pun saya redha sebenarnya...yang penting baby saya sihat
Biarlah saya teruk kena ulang alik g klinik 4 kali sehari pon 
I'll do anything for my darling baby
Bila saya disahkan mengandung, masa tu kandungan saya dah 8 minggu kata doktor yang mula2 saya jumpa tu la
Then esoknya saya terus pergi Klinik Desa sbb nak bukak buku merah sebab dah 8 minggu=2 bulan katanya kan
Bila pergi nurse kata dah scan?
Saya cakap tak la
Nurse kata kena pergi scan dulu then bawak gambar yg doc print tu baru boleh bukak  buku
Sebab katanya ada kes yang datang kata mengandung bila bukak buku then refer dgn doc tgk2 takde pun
Macam tu pulak.....
So saya pun pergi la scan di klinik swasta dan alhamdulillah memang nampak ketulan dan di dalam rahim
Tapi bila scan doc kata baru 5 minggu
So saya pun macam confuse
Takpe lah
Minggu depannya saya pun pergi la KD untuk bukak buku then terus kena minum air gula dan ambil darah
Result saya sebelum dan selepas minum air gula
Sebelum 6.2
Selepas 4.1
Sebelum minum tu agak tinggi so saya pun di sahkan GDM
Diabetic on diet control
Redho je lah
Kalau yang ok sebelum minum tu bawah 5.8 kot
So saya terlebih sikit
Sikit jeeee

to be continue......

 

1 comment:

  1. kena jg btl2 tue...elakkan makanan manis kalo boleh sbb masih di awal kandungan. bukan apa bila dh terkena diabertis nti..mcm2 kena check dan amek darah..kalo boleh kurangkan manis ok.. semoga maryam dan baby sihat insyaAllah..

    ReplyDelete